Want your
own Fotopage?








 
My favourite recipes

By: kak ija

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Oct-2009 11:18 Email | Share | | Bookmark
BUTTER CREAM CUPCAKE

foto ni dah lama ku perap...


Salam.... ,

He he.... dua hari lalu, selepas memasukkan foto cupcakes hasil kerjatangan ku mengikuti kelas Ayu Yuliana kat Bandar Baru Bangi dua tiga bulan sebelum Ramadhan yg lalu ku cuba lah (dengan bodoh sombongnya ) ingatkan tak mau minta bantuan sesiapa untuk membesarkan foto biar nampak mengancam sikit kononnya,.... lama kelamaan asyik menatap skrin berjam2 ku dapat migrain dibuatnya...sampai dua hari kepala berdenyut aduhhhh

Akhirnya .. mlm tadi (26 Okt. 2009) ku dgn bangganya mengisytiharkan kejayaan ku yg mana org lain dah buat dah tiga empat tahun yg lalu....hehe ..itu pun minta SOS dgn husband. Ketinggalan zaman punya mak ngah... Ku harap aura2 kerajinan segala sifu2 dlm fp ni datang le kepada ku ... InsyaAllah ...



Wa'alaikumussalam... Oh my God!!!..hehehe!! :surprised: Tu dia Kak Long ku yg kat kmpung dah "bersuara" kat sini.... siapa le nak puji melangit mengkalu tak beradik2 sendiri kot naa... Segan cek aih kat Kak Khadijah Hashim novelis tersohor nun, cek terapung di awang-awangan sekjap tadi, hihihi.. InsyaAllah buat kek Raya Haji tu boleh, tapi mengkalu yg "paling sedap" tu kena pi berguru lagi 44 org... sifu hehehe.... Tue 27-Oct-2009 14:01
Posted by:kak ija eijahashim@yahoo.com  - [Link]
kak eija...tu dia noo...nmpak besaq gambaq..baru puas nak tgk... cantik sgt topping kek akak...tang tu la yg saye x brape nak kreatif...huhuhu... Tue 27-Oct-2009 23:52
Posted by:Fadzilla Hanim serikandi_nfh@yahoo.com
Waahh terlior tengok cupcake tue...ahak.. kg akak tue..ada juga sawah padi.. kat bawah tu..sbb tanah kpg tu landai ke bawah.. so dlm foto tu x berapa nampak.sangat ... syokkan.. duduk kat kampong!!!!!
jom singgah blog kkak plak
http://kakhairanirahim.blogspot.com.
Wed 28-Oct-2009 02:01
Posted by:Kak Hai  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 22-Oct-2009 09:36 Email | Share | | Bookmark
KEK CARROT HAPPY BIRTHDAY

 
 
 
Salam..,

Kek hari lahir buat dua orang anak saudara ku, Ahmad Faisal Harith dan Farah Nabila yg sama bulan kelahirannya, jadi adikku Saripah join dua nama permata hatinya atas sebiji kek aje nak ekonomi lah tu... Eloklah nak berjimat tu kalau dah dua beradik lahir sama bulan.. dah nak masuk hujung tahun katakan, banyak perkara nak settle, ksemua kena bayar itu bayar ini..kan?

Mak ngah dia orang ni ada janji tertangguh nak buatkan kek coklat lembap yg sebenarnya jadi kegemaran dua orang yg dah meningkat remaja ni...yg mak dia suruh mak ngah buatkan kek carrot... tu favourite mak dia.. Ada banyak versi resepi Kek Carrot yg belum k ija cuba tetapi di bawah ini adalah resepi favourite yg k ija dah ejas2 dari resepi salah seorang sifu ku iaitu pn Asiah Hashim, ku dah cuba berkali2 dah ... InsyaAllah...

Bahan (A)

150 gm gula castor
150gm gula perang
5 biji telur gred B
secubit garam

Bahan (B)

1 cawan minyak jagung/masak
1 cawan butter cair

Bahan (C)

320 gm tepung gandum
1 1/2 cmteh baking powder
1 cmteh soda bikarbonat
1 cmteh serbuk kayu manis (ku tak pernah letak pun)

Bahan (D)

1 1/2 cawan carrot - parut halus dan perah airnya
1 cawan walnut cincang - dibakar separuh masak
1/2 cawan buah2an kering - dicincang2
1/2 cawan black current - opt - (ini kerana ada banyak stok lebih di rumah)

Peraturannya:

1) Ayak bahan2 (C) ketepikan.
2) Pukul bahan (A) hingga gebu. Masukkan bahan (B), (C) dan (D).
3) Gaul sebati . Bakar suhu 165 degreec C kira2 setengah jam dan 150 degree C setengah jam berikutnya.

*** (Ku pernah set 170 degree C kek akan jadi gunung berapi tetapi sehingga 1 jam kek belum masak di tengah2 nya. Percubaan pertama, kedua, ketiga memang merugikan, kena rajin bertanya semula dgn guru2 kita, sebab kadang2 kita belajar melalui demo, nampak senang dah menjadi, rahsianya para sifu tu dah berpengalaman luas dan telah bereksperimen berkali2 cuba dan praktis ......Rupanya oven pun ada kerenah, tak sama bagi setiap satunya).

Cream Cheese Fillings:

250 gm cream cheese (philadelphia/Anchor)
150 gm butter
100 gm gula icing (nak tambah pun bleh)
1/4 cmteh orange paste/jus lemon
sedikit pewarna lemon yellow - opt -

Pukul cream cheese dan butter hingga gebu, masukkan gula icing pukul lagi. Last masukkan paste dan pewarna.

Selamat mencuba ...




salam ziarah..
teman pon dok plan nk buat karot kek ni...
untung anak buah..mak sedara pandai wat kek..
Sat 24-Oct-2009 03:37
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Salam Umie.... tu lah, klu balik kmpg hari Raya, smpai aje anak2 buah dah terkam kat pintu kreta.... kembang kempis la hidung mak sedara dia org ni....ingat rindu kat kita rupanya tunggu kek kita, w/pun sememeh aje rupa kek tapi dlm keluarga tak de yg rajin / minat buat kek ni... apa2 pun trima kasih sudi ziarah fp yg blum ada apa2 ni... nnti kita pi round fp Umie... Sat 24-Oct-2009 14:50
Posted by:kak ija eijahashim@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-Oct-2009 11:03 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...



Care to comment?


Sunday, 18-Oct-2009 08:10 Email | Share | | Bookmark
OPEN HOUSE RUMAH SUHATI-DESA SUBANG PERANTAU

 
 
 
View all 6 photos...
Salam ...,

Ku kira dah berakhir lah siri jemputan ke rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri tahun ini... namun tak smpai hati pulak rasanya menolak jemputan seorang sahabat lama yg ku kenali semasa bekerja dulu. Beberapa hari sebelum itu dia call "Kak ija ... mai la rumah Su, nak buat open house sabtu ni. Su pun ajak kawan2 lama yg lain. Lamaaaaa dah kita tak jumpa naaa....rinnnduuu. Jangan tak mai tau !!!"

Syukur la Abg pun free semalam jadi selepas Zuhur kami pun pergi mengikut alamat yg diberi ...sebelum ini ku tak pernah dengar nama "Desa Subang Perantau" iaitu berdekatan dgn Kpg Pinggiran Subang namun selepas sekali tersesat sekejap tapi sampai juga . Ku berdebar mcm mana rupa Su sekarang ... dan ku takut juga dia terkejut melihat ku sekarang ...

Rupanya jamuan tu meriah mungkin kerana suami Su seorang ahli majlis MBSA tentu ramai yg dijemput tu .... kami terharu sgt dah lebih kurang 6 tahun tak jumpa, Su semakin slim tapi ku yg makin naik badan mcm kuih bahulu ... eeii malu rasanya...

Kami tak sempat "bersentimental" dan beremosi kerana Su sibuk melayan para tetamu yg kian ramai, tapi kami simpan aje rasa sebak di dada dek kerana semasa satu ofis dulu kami dan bbp rakan lain memang rapat, saling membantu, menasihati dan ku yg paling senior (paling tua ..hehhe) boleh la jadi konsultan tak bertauliah.

Sekali tu semasa mengadap makanan di dalam khemah, ku terkejut bila kapalterbang lalu, bunyi enjin begitu kuat di atas kepala ngeri rasanya mcm lending kat sebelah aje... mcmanana ye penduduk kat sana ... dah biasa, alah bisa tegal biasa . Selepas menikmati juadah yg enak tu kami pun minta diri... ada ramai lagi tetamu yg tiba...dan kami ada satu lagi open house di Setiawangsa pegawai di ofis suami ku..

Ku abadikan foto kami suami isteri didepan rumah kediaman Suhati bersama keluarganya .... entah bila kita jumpa lagi kan..??? Insya Allah.... Terima kasih kpd En Halimey dan Su (mcm mak datin naaa) sekeluarga... kerana sudi mjemput kami suami isteri dan kpada Su yg belum lupa pada kak ija ....






Care to comment?


Friday, 16-Oct-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
BERBUKA DI PIZZA HUT

minuman dah sampai, Abg belum sampai...
air zam2 tu kena share ..
nak berbuka dah.., simple aje
View all 5 photos...
Salam...

Semalam.. Happy Birthday to me.... good bye to 40th kerana genap la usia ku 49 semalam.... Kiranya dah meniti usia senja ..rupanya.Syukur Alhamdulillah apa sahaja yg Allah kurniakan, mengizinku bernafas di muka bumi ini sambil bermuhasabah diri w/pun ada ujian2 dariNya perit dirasakan namun itu semua telah membuat ku semakin berusaha mendekati Mu dgn menuruti agama Mu... InsyaAllah..

Ku beritahu Abg. tak usah la nak bagi present lagi buat susah2 aje memikirkan apa nak beli, yg ada2 dulu pun tak ku pakai sangat, lagi pun ekonomi tak menentu/gawat ni kan..he he...?? Teringat pulak ada sekali hari birthday ku dulu masa ku masih bekerja, pernah dpt 6, 7 jmbangan bunga dari Abg dan juga kawan2 ofis ku bila ku bawa balik rumah disusun berderet2 mcm kat dpan tugu peringatan negara tu.... ish ingat mcm tu pulak tak baik ku ni.

Jadi kebetulan kami ni puasa (org lain dah lama raya puasa enam, ni baru terhegeh2 dah last2 minit ni) Abg belanja kat pizza hut kat jusco taman equine depan rumah ku aje. Kalau setakat makan aje ku kata ok la tak tolak punya... Sebelum Abg sampai dari ofis ku awal2 dah ke sana siap angkut air zam2 sebab buah korma ramadhan dah habis .

Care to comment?


Sunday, 11-Oct-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
D' MUARA MARINE PARK

ruang makan restoran yg luas
duduk di luar boleh tengok pemandangan
mentari senja terlindung di sebalik muara ...
View all 6 photos...
Salam...

Ni kira entry terlewat ...dah nak basi .. tapi masih cerita Raya.. Selepas kami pulang dari beraya di sekitar kampung Abg. mengajak ku ronda2 ke tempat yg belum pernah kami singgah... Hari hampir senja tapi tak pe lah, ku pun teringin nak ambil angin petang ...

Dalam 10 minit perjalanan kami "terjumpa" satu tempat percutian yg menarik iaitu D' MUARA MARINE PARK SUNGAI HJ DORANI. (5km dari Pekan Sungai Besar)... Kiranya tak perlu pergi jauh kalau nak bercuti di sini pun macam2 ada .. Ada Floating chalet, apartment 2 bilik, restoran terapung, dewan seminar dan mesyuarat, sea trip pun ada (tolong promote .. ). Selepas makan ringan hari dah nak malam tak sempat nak pusing2 kat situ, kami pulang ke asrama hinggap kami...solat maghrib hmmm... bleh di jama'kan kepada waktu isya'

Care to comment?


Saturday, 10-Oct-2009 11:37 Email | Share | | Bookmark
RAYA DI KEDAH

Jeti kat Bagan Datoh
Cantik pemandangan di sini
Abg. rehat kjap selepas penat memandu jalan jauh
View all 15 photos...

Salam semua...,

Sesaja nak crita sikit fasal pergi beraya kat sebelah utara nun ... tak de yg happening pun tapi lain kali boleh k ija baca lagi (sendiri tulis sendiri baca ) juga untuk anak2 buah Mak ngah ni yg dah pandai berinternet tu .... Fairuz, Fadzli, Firdauz, Farah & Faisal...., juga untuk sahabat/pengunjung yg tak ku kenali ...(ada ke pengunjung yg sudi singgah sini ha??? ) sebagai hiburan atau berkongsi pengalaman ...

4 Syawal, Rabu lbih kurang jam 8.30 pagi selepas menyumbat segala bantal, toto yg di bungkus dlm plastik hitam besar (hehhe... tergolek je, seram ku tengok) ke dlm kereta comel tu juga beg2 dan bungkusan, dah jadi mcm belakang unta pulak sit belakang tu... rombongan ku dan suami adalah yg last sekali gerak.... 2 kereta lain menuju ke Perak Utara (salah satunya membawa emakku bersama) sekereta ke Slim River dan di awal paginya sekereta dah balik ke Hulu Langat..... Sayu rasanya melihat Kak Long je yg ada kat rumah tu dengan 2 anaknya iaitu Fadzli (masih dlm percutian dari pengajian di Madinah) dan Firdauz, lambai2 tgn kat kami... Dia orang tukang cek segala tingkap ke apa ke, tolong kemas saki baki "asrama hinggap" kami seterusnya kunci rumah tu sebelum pulang ke Sekinchan kediaman mereka. (TERIMA KASIH KAK LONG YG TELAH BANYAK BERJASA KPD KAMI SELAMA INI, DARI DULU HINGGA KINI.....HANYA ALLAH YG DPAT MEMBALASNYA... ) Kiranya sepi la semula rumah lama tu....

Prjlnan lancar je, brhenti seketika utk bersarapan kat gerai nasi lemak sblah padang di Sg Besar. Ditakdirkan Allah di sanaku brkenalan dgn seorang hamba Allah, wanita brperwatakan anggun yg pd awalnya ku cuma beri tempat duduk, share di meja kami utk beliau, manakala suami dan anak2nya minum dimeja sebelah tu tak muat. Akhirnya kami bertukar2 kad niaga, .... Alhamdullillah.

Kami berhenti kat Bagan Datoh (@ Datuk ke??? ku pun confuse), Abg pilih utk rehat kat jeti melepaskn penat memandu smbil cuci mata dgn pmandangn luas kuala sungai, angin brtiup agak kuat namun ada yg cuba nasib memncing di sana. Kami meneruskan perjalann, ikut jalan kampung hingga Changkat Jering kami masuk highway.

Setibanya di bndar Alor Setar hari dah hmpir snja, ketika lalu dpan Pekan Rabu kami harap dpt menjamah maknan di sana rupa2nya peniaga2 dah packing .... jadi terus cari tmpat penginapan, selepas Jama Taqdim dan Qasar kami keluar makan kemudian ku beli selipar di sebuah kedai bata utk di gunakan kelak. Suasana sungguh sepi mgkin ramai yg masih bercuti, kedai2 banyak dah tutup w/pun mlm masih awal.

Seblum menghadhiri kenduri prkahwinan kawan suamiku sebelah tghari keesokannya, kami ke Kuala Kedah .. kononnya ku nk tengok feri ke P Langkawi di jeti (jadila, sementara nk pi sana lain kali) namun tk kesampaian... Rupa2nya lain dari yg dijangkakn..Entah la susah nak cakap, rumah2 setinggan dan kedai2 usang yg nampak agak menyerlah sekitar kawsan brhampiran jeti.

Roti canai memang ada di mana2 warung kami singgah, hatta gadis2 muda yg menebarnya. Last2 ku beli nasi lemak di sebuah gerai(warna nasi lemak kat sana agak kekuningan dan dibungkus pintal), minum kopi O kat warung (tak pernah2 ku minum bertahun dah rasanya kopi O saja je nak rasa kelainan di tmpat orang konon2nya). Lastnya separuh cwn je yg habis sbb terlalu kaw2 w/pun cwn tu comel je. Sempat pulak tu singgah kat Kota Kuala Kedah ambil foto sbg kenangn smbil baca sejarahnya kat sana... sebagai rakyat jelata nak tahu la jugak kan).

Antara persinggahn kami ialah rumah kelahiran mantan PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Since foto tak dibenarkan diambil dlm rumah tu, kmi tengok ajala, jenguk sana jenguk sini.... keadaan memang bersih terjaga rapi. Suami ku asyik dok ulang2 "mengkalu hang mai alog stag, kepala hang kami putag".. ye la tu.. Kat rumah pengantin pun sekejap je, elok sudah mkan pengantin pun tiba... cantik gaun putih ala2 jubah tu (jubah ala2 gaun kot, entah la) bertambah ayu pengntin perempuan, yg lelakinya pegawai kat ofis Abg...Sukanya mereka tu tengok kami dari jauh ni dtg jemputan tu.. Kami pulun nasi beriani yg enak tu, ada limau sunkist dan bubur kacang sbg pencuci mulut, rasa nak tambah tapi tak kan la ??

Kami teruskn prjalann ke Perlis... aku teringin nak pi tengok apa ada kat Padang Besar tu. Sampai sana pun dah hampir pkl 5 ptng konon nak Jama Takhir di sana tapi kbrnya, air dah 2 hari tk de. Tak ku beli apa sgt dalm kalut2 tu ku sempat beli bbp ketul broach dan sehelai blouse je sbg kenangn. Tak sempat la nk tengok ladang tebu kat Cuping dan ladang herba ...hehhe ..tu blum pernah tengok lagi... (Yg hairannya tak pulak ku nampak gerai2 jual mangga "harumanis" yg suatu ketika dulu sgt gah ceritanya hinggakan kecur air liur dan berangan bila ke Perlis nak borong byk2.. Belum musim kot ??)

Keesokan hari sebelum check out kami keluar beraya ke rumah kawan lama Abg, En. Mahzair kat Langgar.... dijamu mee rebus udang, sedap sgt...... Terima kasih layanan baik terutama isterinya yg ramah tu, hingga pkul 12 lbih kami bersembang2. Bbpa kali ku cuit Abg.., jom la kita beransur ni bukan jiran sebelah rumah, jauh lagi prjalanan kami tu nun beratus batu...

Ptg tu juga la kami bergerak pulang...huh... bukan sikit jauh lagi tu.. namun syukur Alhamdulillah, suami ku steady aje memandu ... ku tak lepas dgn map ditangan membaca dan beri suggestion kat Abg, laluan mana nak diambil...Abg tekad ikut laluan kmpg supaya dia tak ngntuk katanya. Slepas Gunung Semanggul hari dah gelap, Abg nak teruskn prjalan ke Sitiawan utk rehat, makan dan isi minyak. Ngeri rasanya ikut jln kiri kanan berhutan gelap gelita tak de lmpu jalan, kereta lalu pun jarang2 ku teringat cerita org tua2 dan tergambar keadaan zaman komunis dulu hiiii seramnya. Tak putus2 ku berselawat dan baca segala ayat yg ku ingat smbil memohon agar prjalanan kami diprmudahkan dan dilindungi oleh Allah. Syukur Alhamdulillah kputusan kami semasa dipersimpangan utk ikut jln Pantai Remis dan tidak Beruas sgt melegakan. Banyak kreta lalu, rumah2 kmpung pun berderetan dan banyak jalan yg berlampu... Dalam perjlnan lbih kurang jam 8.30 mlm ku call emak, rupanya dah ada kat kmpung. Mak kata cepat sikit dia dah sorang2 tu kat rumah, hampir 11.00mlam jugak le baru kami tiba dgn selmatnya...syukur Alhamdulillah seronok ku rasa kami pun menginap semula kat "asrama hinggap" sebelum pulang ke rumah di Seri Kembangan esoknya.

Maaf la, dah mcm karangan la pulak... ye la dah lama naa tak menulis. Baik la ku berhenti kat sini je... Wassalam ...







nape mak ngah x gune blogspot je?? rase mcm lagi best kot gune blogspot.. x tau a klu mak ngah lbh selese gune fotopages nie. Mon 12-Oct-2009 07:47
Posted by:fairuz fairuz_85@hotmail.com
amboi, Fairuz balik cuti dari Mesir dah 2 mggu tak mai rumah mak ngah pun naaaa... sebelum balik sana singgah sini ajak mama, tapi call dulu InsyaAllah nanti mak ngah buat koi kek spesel. Trma ksih bebnyak atas komen ank sedara yg jumpa cuma 2, 3 tahun sekali... Nanti la makngah improve pelan2... makngah ni kan jenis yg slow ja... Mon 12-Oct-2009 07:59
Posted by:kak ija eijahashim@yahoo.com  - [Link]
ni pun x ke mane nie.. dok umah je..
nnti i.allah,, klu ade lapang,, blh a gi sane.. mama dgn abah pun tgh sebuk skrg nie.. tu yg x blh gi mane2.. klu nk jln pun sorg2 je..
Wed 14-Oct-2009 14:37
Posted by:fairuz fairuz_85@hotmail.com
Add comment


Friday, 9-Oct-2009 13:37 Email | Share | | Bookmark
CERITA RAYA YG KU PERAM

Salam..,

(Maaf tak de ku ambil foto keluarga sbab lupa sesaja nak charge bateri kamera... dok jenjalan aje...)

1 Syawal dah lama berlalu... memasing punya bnyak cerita2 Raya.... ku punya cerita biasa2 saja. Punyala mim alif lam sin nak update fp ni, foto pun tak de dek kerana tak sempat nk berposing2 semasa dgn keluarga di kampung.

Alhamdulillah, boleh dikatakan semua adik beradik ku 7 orang brserta keluarga memasing dpt beraya bersama2 dgn emak yg pulang ke kpg seminggu lebih awal menunggu kepulangan anak cucu.( Mak tinggal di tmpt pengajian pondok Sg Bakap PP, sejak kira2 11 tahun dulu iaitu bbp bulan setelah kepergian Allahyarham bapaku keRahmatullah... Al Fatihah) Malam raya kedua, lpas maghrib kami sekeliannya ke rumah adik bongsu dan isteri yg rumahnya kat bendang tu (foto kat entry lpas) makan2 ikan bakar, ada ikan kembong, cencaru, udang dan pari semua fresh tu beli kat pasar Sekinchan. Tuan rumah sponsor minuman, pencicah air asam, nasi putih dan lemang homemade... Tak de siapa pun ambil foto semua tak bawa kamera agaknya. Memasing dok sibuk tengok Atan, adikku buat demo isi pulut dlm buluh,ada yg cari/kumpul kayu api, bakar ikan, lemang dlln. .... juga berperang dgn nyamuk, besar2...w/pun kami pakat bakar ikan dan lemang atas bara api yg berasap2 tu nyamuk tu tak makan saman, tapi rasanya harmless kot...syukur la tak de kena malaria ke denggi ke... Berteman tiupan angin bendang sepoi2 bahasa kami pun jamu selera la....sampai kenyang, mata masing2 dah ngantuk baru la beransur balik rumah mak cari bantal....

Hiruk pikuk jerit lolong anak2 sedara ku yg masih kecil, disakat oleh sepupu2 dia org yg dah remaja ada yg berlari2an di anjung rumah ntah apa yg dikejar, ada yg kena kerahan tenaga kat dapur, ada yg mnunggu kat luar bilik air dah tak tahan nk tekucil agaknya sambil merayu2 minta org yg kada hajat cpt2 selesai, ada yg mmbawa diri di sudut ceruk utk mengira duit raya dan mcm2 gelagat sungguh seronok ku tumpang sekaki ajela. Hak sendiri rasanya tak de rezeki lah nampak gayanya...walau ada rasa sedih dan iri namun ku bersyukur kehadrat Illahi kerana segala kurniaanNya ini...

Kiranya ku punya 16 org anak buah paling kecik berusia 1 1/2 tahun, paling sulung kalau tak silap 22 tahun belum ada yg berkahwin. Percaya atau tak kesemua dia org ni punyai pangkal salah satu nama huruf "F". Muhammad Fairuz, Ahmad Fadzli, Muhammad Firdauz, Farhana Arisya, Farah Nabila, Ahmad Faisal Harith, Siti Fazilah, Muhammad Faiz, Fatin Amira, Fatin Syazwana, Faizah Dayana, Faizah Aina, Nuha Fikhriah, Ahmad Fikhri, Nur Yasmin Farha, Ahmad Faris Ikhwan.(Ada spelling yg Mak ngah dah tak ingat betoi2 maap naaa...) Nampaknya Mak ngah ni kna cari RM lbih lagi la tahun depan nak bagi duit raya kat hangpa. Doa2kan la rezeki Mak ngah bertambah lagi dimasa akan dtg.naaa

Rumah usang emak dah jadi mcm asrama tempat kami beristirehat .... ruang2 yg agak luas dah jadi sempit rasanya, juadah dan kuih muih raya yg diangkut ke sana ada la dkat 44 jenis rasanya he he....(tak la) mcm nak buat kenduri. Ampai kat luar rumah sentiasa penuh dgn pakaian basuhan, ada yg tak sabar gi sidai double layer mujur matahari panas terik jadi boleh alih2kan supaya yg bawah pun kering sama ... , ada yg mnygkut kat dahan rendang pokok rambutan, tu kes nk pakai banyak round baju tu...
Bntal dan tilam yg trsimpan kat kpg ngam2 aje jadi sesapa yg nak selesa lagi kna bawa la apa yg patut, kipas ke, bntal bucuk ke... Oleh kerana kami yg last sekali balik dan tak bawa sesapa selain beg2 pakaian dan kuih muih tempahan adik2ku, kami angkut toto dan 2 biji bantal...

Bila mlm pandai memasing la ejas tempat tdur ... pilih la mana suka kat hall ke, dlm bilik ke, kat sofa ke, dpan TV ke (tu utk yg suka melangut dpn TV hgga larut mlm tengok rncangan raya).Walau cuma 5 keluarga, (Kak Long dan Atan adik bongsu ku tinggal area kpg gak) pnuh semua ceruk... suami ku kata macam sekolah/penempatan mangsa2 banjir ..hihihi sampai hati tau.. (tapi aurat kne jaga, ipar2 tu bukan muhrim... walau mesra mcm adik beradik sekali pun). Klu salah sorang nak bangun tgah mlm gi bilik air kat luar rumah tak takut, ada je yg nk join. (termasuk le aku tu, apa tak nye konon2 nk maintain minum air 8 gelas sehari dah trlajak jadi 1/2 baldi kot...) Rupa2nya ada juga tu yg berulang alik pi toilet sambil menahan perut memulas, siang beraya sakan makan campur2...

Ada gak part yg touching bila bekas (??) anak angkat emak datang bersama emak kandung dan adik2 nya... Critanya dah lama sgt... ada la satu keluarga susah anak ramai kecik2 lagi, suaminya tak bertanggungjawab tak tau kerja kat mana jarang balik beri duit belanja. Kbarnya sskali balik tu dia bawa prempuan asing pulak dah.....ishh nak crita pun tk sedap.Pendekkn crita, istrinya yg mnderita ni nk bagi la mana2 je anak dia kat org. tolong bela dgn harapan masa dpn yg lbih baik... (nak kluar air mata ku, sedih rasanya) Ada la org kmpg yg nk tolong, dgn mencarikn keluarga angkat budak tu.... itu la yg dpt emak bapakku, ambil dua org. adik beradik- lelaki klu tak silap ku umur 3 & 5 tahun. Bapakku w/pun dgn anak2 sendiri strict bukan main tapi dgn anak angkat ni ditatang bagai minyak yg penuh, rasa mcm bela cucu kot hehehhe. masa tu ramai adik beradikku dah tak tinggal kat kpg.

Namun panas tk smpai ke ptang, lbih kurang 2 -3 bulan je tiba2 muncul bapa budak2 tu dtng dgn parang panjang di tangan minta balik anak2 dia kata bapaku rampas anak2nya... (ishhh dia tak tau tu bapaku ada senapang patah, sharp shooter tu... he hehe..tak pernah la tembak org, cuma tembak burung utk kami makan dan haiwan liar perosak tanaman je...) Bapaku dgn penuh diplomasinya hantar le balik tak guna klu bapa kandung tak izin, siap nk "ganyang" lagi. Dgr critanya budak2 tu nangis siap gayut2 kat emak & bapaku apa taknye, tak kena bantai, makan minum pakai, layanan semua buat dia org bahagia dah. Lpas tu tak pulak ku tanya kat mak kbr dia orang tu, takut terguris pulak hati mak nanti.

Itu lah raya keberapa tak ingat dah maklum la syawal pun dah nk habis ni, ku terkejut bila budak remaja 18 tahun dtg raya salam, peluk mak ku... isshhh siapa plak ni?? Rupa2 nya tu yg adik umur 3 thn dulu tu, si abang tk dpat dtg... dpt la ku kenal maknya, memang terkesan duka di wajahnya dek derita yg berpjangan.Yg syahdunya pabila budak ni (klu tk silap namanya Azrul) ke sudut tertentu di rumah kami mengenang2 semula kisah silamnya menumpang dan berkongsi kasih dgn emak dan Allahyarham bapaku... (dulu ku tahu bapaku pun sedih tapi dia buat steady aje... ) Tapi ku tak sempat berlama2 dgn dia org, kna kluar pulak nak beraya kat rumah sedara2 tu pun tak dpt pergi semua, diutamakan yg paling rapat, yg uzur tua atau sakit, hulur duit raya sikit tak seberapa, ingat juga hari ni hari dia orang, hari kita esok belum tahu mcmana. Tingglkn emak dan sorang dua adik ku melayani antara tetamu istimewa kami tahun ni...Sekian... wassalam.

Care to comment?


Thursday, 23-Jul-2009 08:35 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG-Sepagi di kampungku

Setelah mengintai2, matahari mula muncul ...macam bebola api..
Dahulu jln bertar ini hanya denai tanah merah...
Laluan ku berulang alik ke sekolah zaman dulu2 ....
View all 26 photos...
Salam... kerana kesibukan, ku terlewat menyiarkan foto semasa ku pulang kampung tempoh hari ..., tak lama, sampai di sana petang dan balik ke sini tengahri keesokan harinya.Sekitar jam 6.50 pagi, keluar bersama suami mencari nasi lemak dan sarapan pagi di pekan Sekincan, kami menyusuri sawah bendang di sana... musim padi masak dan menuai rupanya ketika itu. Cuaca berjerubu namun aku sgt teruja mengambil foto2 matahari terbit dan padi yg mula menguning... mengimbau kenangan lalu sambil aku berceloteh ala2 pemandu pelancong kepada suami ku... cuci lah mata dengan foto2 ini w/pun tak seberapa ...


Cantik gambar permadangan tu...
Salam perkenalan juga buat Ija...Terima kasih sudi singgah FP kita.
Selamat Hari Raya Aidifitri....
Mon 5-Oct-2009 09:08
Posted by:yatie yatizol@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 20-Jun-2009 00:50 Email | Share | | Bookmark
WALNUT CARROT CAKE 3

 
 
 
View all 4 photos...
Salam ... selamat pagi...ada lagi foto dari tempahan kek carrot... agak lama dah, design seakan2 macam yg lalu tu la juga... he he. Maaf ye visitors kalau dah boring menengok benda2 yg nak sama setiap entry makanan ku... belum ada varietynya lagi ... InsyaAllah masa merubah segalanya...

Tempahan dtg dari Kem Perumahan (dept. penguatkuasa) juga, ku hairan macamana suamiku promote padahal beliau ni seorang yg jenis berat mulut ....bab2 bisnes memang tak jalan. Emmm jgn la nak hairan2 nanti tak de customer lagi le hairan ye??.

Tak sempat berceloteh lebih lanjut k ija bersiap2 nak balik kampung, dah berbulan2 tak pulang sebab bulan Ramadhan tahun 2008 suami ku accident patah kaki, berehat membawa hingga tiga bulan MC. Oh ye ku terlupa, kami ada balik tapi kejap2 aje lagi pun suami ku masih bertongkat tentu tak selesa masa tu, tak boleh mancing kat parit sawah... . Beliau teringin nak memenuhi santai cutinya di kampung ku.. di mana??? ... InsyaAllah lpas Zuhur kami bertolak.



>> nampak menarik juga ni... Mon 22-Jun-2009 19:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
nice deco....
mesti sedap ni.....
Mon 6-Jul-2009 09:58
Posted by:Kurie
nice deco....
mesti sedap ni.....
Mon 6-Jul-2009 10:02
Posted by:Kurie  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.